Saturday, April 14, 2018

TOKYO Part 2 : ( Komagome-Asakusa Temple (Sensoji)-Tokyo Skytree)

Day 3: KOMAGOME- SENSOJI TEMPLE


SENSOJI TEMPLE

Yeay hari ketiga kami explore dua tempat. Kita mula dengan Sensoji Temple yang terletak di Asakusa guys! Kalau you all nak kesini dari kediaman you all, contohnya macam kami Komagome so kami menggunakan apps Japan Travel sahaja untuk ke Sensoji Temple ni. Perjalanan dari Komagome Station ke Sensoji Temple lebih kurang 28 minit. Sensoji Temple ni perlu lawat walaupun ia temple budha di situ. Dah jadi tempat pelancong datang, so you guys boleh lah singgah bergambar.



Dah sampai Asakusa guys. So padat dengan pelancong walupun hari biasa (Isnin). Najah tak tentu arah, Wady punya risau haha. Seronoknya tengok culture panas di Tokyo. Pipi tu no blusher guys, merah panas sendiri so sila pakai sun block kalau nak datang musim panas :D

Sampai sampai je kami nampak ice cream bentuk ikan emas. Comel betul kretif Japan ni kan? Najah pilih dua jenis perisa dekat situ.  200yen ( RM 7) lebih kurang. 

Wady seketul (strawberry), Najah seketul (green tea). Best jugak tapi kalau yang tak hard core sangat macam Wady mesti cakap tak best.  Kulit ice cream dia tebal sikit dan Wady cepat muak. Pass kat Najah lah untuk habiskan. Najah? of course habis hehe. 

Hajat dari Malaysia nak jugak lah pakai Kimono. Kebetulan murah masa tu kalau beli sebab pre-loved kan. 1,000Yen ( RM30) lebih kurang tapi kalau you guys tengok muka pakcik tu, lupakan jelah Najah. Takda size orang gemok lah haha! Wady lah ni candid. Tapi takpa, Najah share supaya mana tahu you guys nak bawak sendiri dari Malaysia mana yang sama size Najah tu wkaka.
Size kimono Boy & Fatimah banyak pulak. Tak adil betul. Kecik hati kita :p Tapi memang betul, susahnya jumpa tubuh besar di Tokyo masa tu. Kerap berjalan mungkin? Jom lah proceed ke Temple tu :D
Sampai dah sini .  Jangan lupa abadikan kenangan masing masing. Kami ambil gambar depan temple ni waktu awal sampai tu. Luas jugak. So kami keliling kawasan temple tu.  Kami tak pergi area lain berdekatan situ, kami tour dalam sensoji temple ni sebab kawasan dia luas. Ada jual jual jugak.
Blouse & Pants from @MisClaire 
Musim panas, macam macam jualan ada. Kami cari view cantik untuk ambil gambar dekat sini. Lighting on point betul hehe. Video saya disini ada dalam Instagram. Nanti you all scroll ya!Kami lama jugak di sini, Ole ole pun dah beli, bekalan makan yang dimasak di rumah pon dah dimakan, puas hati dah sampai dekat sini so kami nak gerak ke Tokyo SkyTree pulak :D

SENSOJI TEMPLE - TOKYO SKYTREE



Dari Sensoji ke Tokyo Skytree kami ambil train (20 minit). Alhamdulillah sampai jugak hajat kami ke situ :') Tiket kami beli menggunakan Pasmo card. 

So tak perlu risau nak keluarkan cash di kaunter. Fee masuk untuk kami seorang RM 100 macam tu (2,800Yen)



Waktu kami sampai di Tokyo SkyTree ni, cuaca cantik sangat. Sambil sambil makan fresh fruits. Ya Allah, rindunya fruits dia. Manis, sedap betul. Puas hati makan buah di Japan :') Saya beli dalam market di sini. Nah saya share :D

Wady dah siap buat video saya bawah tu, kami pon ready nak naik skytree yeay! 

Waktu malam cantik sangat kalau naik sebab lampu dia cantik cantik. Tinggi jugak skytree dia, sapa yang gayat, tak apa, safety dia power InsyaAllah :') 



Okey kami dah sampai di paras ketinggian 250meter! Subhanallah. Masa masuk tu, cantiknya bandar Tokyo. Leka guys!




Bandar padat, tersusun cantik. You all cuba la collect moment atas ni, duduk berdua tengok lampu. So lovely. Yang gayat, jangan berani duduk tepi tapi tak apa la guys, rugi tak try. Tak bahaya, tapi you guys mesti kagum cantik sangat.

Bersungguh betul cium ni heeks. Memori yang tak dapat kami lupakan. Yelah, semua tempat ada moment kan :') 

Seronok Alhamdulillah dapat tengok macam macam dari atas. Wady suka explore negara orang jadinya, berbaloi. 

You guys jangan keluar awal tau. Waktu ni, ada tayangan dalam tu. kagum sebab tak sangka Japan so creative. LED merata tempat untuk tayangan ni. Hold your partner hand guys, lagu dia menyentuh perasaan betul. 

Yeah, anime . Najah tak layan anime pon dah terjatuh cinta kisah clip yang dorang main kan waktu ni. anyway, BEST!



Najah share view dari atas. Cantik kan? :') Cepat lah siap pegi Tokyo. Bawak Najah sekali hehe. Rindunya! Kami ambil pakej 250m & 150m . Dua dua ketinggian kami dah rasa. so you guys, have fun!



Yeay. Letih dah. Tapi seronok betul trip hari ketiga ni :') enjoy!enjoy!  Kami beli barang barang dapur di market ni, kebetulan 50% sebab dah malam, ikan salmon pon kami beli. 
Jangan lupa beli! sedapppp!

Happynya! murah dari Malaysia LOL. Okey jom balik ke Komagome yang mengambil masa 35minit dari Tokyo Skytree , so guys, rest cukup untuk part 3 pulak!





Blouse and Pants sponsored from : MisClaire